Sunday, 24 April 2011

Air Traffic Control ( Control Tower Terengganu )


Post kali ni aku nak cerita pasal tempat kat bawah ni, Menara Kawalan Udara.haha. atau nak sedap lagi, Air Traffic Control Tower. haaaa. Kat sini semua pergerakan aircraft dorg monitor. dan kat sini lah two way communication between one aircraft to controller being established. kat bawah ni ada lah beberapa gmbr ( sorry kualiti xlawa, amek pakai hp ). Gmbr ni amek masa nak submit flight plan untuk land kat Kerteh besok.hooraayyyy!!!!


Ini lah tempat controller ni bekerja.


Ini Abg Zamri, dia paling kamcing dgn kiteorg.haha.
Ini tempat dimana kiteorg kene dapatkan cop pengesahan utk flight plan.
Kadang2 abang ni bukak FB dia kat pc tu jugak.hahah.


Ok, kiri tu Hazim (KISTAA 114), kanan pulak Faeez (KISTAA 113)
posing sebentar kat luar tower masa MAS nak pegi Gate 3.


Haa, pc dua kat belakang tu lah tempat dorg monitor macam2 aircraft.
Tgk pc belakang kanan, ade dot kuning2 tu kan,
Itu lah aircraft yg tgah terbang dalam airspace Terengganu.
Laptop tu tempat controller ni main game Zuma,ahaha.


Abg ni tgah isi strip tu utk navigation kiteorang besok.
Strip tu untuk record estimate time arrival overhead route yg kitaorg submit dalam flight plan.


Gmbr ni nak tunjuk yang masa ni MAS dgn Fireflyz da smpai kat WMKN.
haaa,ini lah view dari luar control tower, menarik kann.


Last sekali, aku pon nak ade gmbr an kat luar tower ni.heee

Saturday, 23 April 2011

Playing Inside CLOUD!! Awesomeee !!!!

Tonton video kat bawah ni.haha.maaf suara agak annoying yekk.heee.
Aku dgn afiq main dalam awan kat Batu Rakit,
hahahaha.



Taxiing to Holding Point C + Take Off by Afiq Syahmi.

jyeahhhhhh,bersua jugak kita yekk.haha.well, today was my rest day after 2 weeks non-stop flying. Semua gara-gara Airforce yg nak buat exercise nnt bulan May. So navigation semua nak kene settlekan as soon as possible.haishh. Harini aku nak share dgn korg pasal Taxiing dengan Take off. Taxiing ni adalah masa awal2 kapal nak berjalan masok ke atas runway. Kalau kat Terengganu ni runway dia Rwy 04 dgn Rwy 22. so video kat bawah ni adalah masa mutual flying aku dgn afiq, so aku amek kesempatan ni record lah. video ni ade include sound dari Air Traffic Controller sekali.hehehe. So korang tgk lah dulu video ni ok. heee. aku nak buat map ni nak siapkan route utk aku land kat Kerteh Airport ( WMKE ) ari Isnin nnt.we'll meet again soon ;))



Monday, 18 April 2011

Bad Weather, NO FLYING PLEASE !!


Bila weather building up mcm ni, we are prohibited to do flying exercise.
Cloud hitam ni ( cumulonimbus ) ni lah yg bawak hujan, turbulence, etc.
Sangat merbahaya yek cloud ini. bole kene Icing taukk!!
Engat Malaysia xde icing ke haa, belajar meteorology, than dapat tau Malaysia pon ada icing.


Itu maintenance crew KISTAA.haha.
Sempay lagi dia pose depan kapal tu before dia tow kapal masuk hangar.
Sebijik kapal da tow masok sbb ade radio failure.haha 


Ok itu lah kapal terbang pertama KISTAA, 9M- APY.
9M- APY tu adalah registration utk aircraft tu. macam plate number kereta korang lah kiranya.
Kapal yg register kat Malaysia, depan dia mesti ada 9M - ***
contoh : 9M-MMY ( boeing 737- 400 Malaysia Airline )
9M - FYI ( atr72 Firefly )
9M- AFQ ( airbus A320 Airasia )


Last Aircraft nak tow masok dalam hangar.haha.
Belakang tu lah main terminal of Sultan Mahmud International Airport, Terengganu.



Inilah tailplane kapal terbang yg aku bawak.
Aku amek gmbr ni nak tunjuk paint kapal ni sebenarnya.
Tgk, kalau da org Terengganu yg buat academy ni kan,
Mesti nak ade trademark Terengganu, macam turtle kat tailplane tu. Nampak?
Aku bawak turtle terbang setiap masa tauu ;))
( nasib x paint gambar Keropok Lekor kan )

Saturday, 16 April 2011

Mutual Instrument Flying, VOR y RWY 04 WMKN.


Ini Rusila training area. Dekat jek dengan Masjid Terapung.
Kat sini kita org kene hold and then climb 3500ft.
Pastu track direct overhead VKR.


Afiq mengconcentrate kan diri nya pada Instrument.haha.
Afiq!! kantoi hang pegang dua tgn pada control column.
One hand on throttle lah brader.hahaha.


Ini lahh chart VOR y RWY 04.
Procedure untuk land ala-ala Malaysia Airline, Airasia atau Firefly.
Nampak complicated kan, tapi bila da lama2, senang jek actually.
hahah.


Muka Afiq bengang bila kene taxy pegi bravo dulu before pegi dispersal.haha.
Relax brader, kita camwhoring dulu okee ;))

WMKN- Kuala Tahan- Jerantut- WMKN//

okehhh,bawah tu cuma gambar. kali ni nak story morry pulak yekk.hahah. route ni da penah pegi before ni. cuma before ni banyak kene divert sbb weather xmengizinkan untuk cross terrain kat Kuala Tahan tu. hari ni Alhamdulliah, weather sgt clear. Navex solo ni aku pegi sama route dgn Apai. dia ahead aku dalam 5 minute jek. so kalau dia divert, maksudnya aku kene divert gak. tp dgr report dari dia weather clear, tu yg best jek.heee. btw ni lah pengalaman aku climb 7000ft. before ni paling tggi aku penah pergi dalam 5000ft jek. itu pon seram dah.haha. tapi kali ni aku xcited gila tu yg request 7000ft tu. approve pulak tu by Kerteh tower.haaa. pastu bila da area Kuala Tahan, established contact dgn Lumpur Info ( 126.10 Mhz.) tapi yg xbest nya dia dengar aku transmit, tp aku xdgr dia reply. haishhh. so Apai lah yg kene relay msg utk aku.haha. Oh ya, nampak Taman Negara Endau Rompin.haha. memang lawa gila lah. Navex ni amek masa about 3 hours jek. Controller Kuantan Approach pon sgt lah baik hari ni, melayan aku dgn Apai punya radio call jek.haha. Balik tu macam biasa, kene hold kejap kat East of KT Town. pastu Final, To Land.yeahhh. even letih flying ni, tapi excitement dia mmg thrill gila lahh. sumpah best. Lepas ni Navex ke Temerloh. dan aku akan request utk Navex pergi ke JOHOR BAHRU. haha. bole lah aku soh family aku tggu kat senai, bawak aku gi makan. yeayyyyy. rindu makanan kat johor lahh. waaaaa. ape pon today was total exciting journey. heeee.

Navex Kuala Tahan and Jerantut, Pahang.


Cuba tgk cloud Cumulonimbus ni. Siap ade towering lagi.
Confirm masuk bergegar kepala otak ni.
haaha.


Garmin Aera 500. Help alot while doing navigation.
Groudspeed almost 100knots.
Nampak line pink tu? Tu lah track aku dari Chenering ke Bukit Besi.
Estimate time ade kat bawah kanan tu, 16minute to go.


Camwhoring pabila kebosanan diatas.
Climbing to 7000ft above mean sea level.


Macam ni lah cloud kat atas tu.
Geram kan tgk, macam cotton candy jek.
haha.


Instrument dalam cockpit.
Basic jek ni. Tgk altimeter tu, 7000ft bhaiii!!! hahaha.
Approve by Kerteh tower to climb 7000ft sbb xde traffic.yeayyyyy.
Oh, Outside Air Temperature mase ni 18 degree celcius.
Macam dalam aircond.haha.


Tgk carpet of cloud ni.
Best giler kan view ni. Cloud base 5000ft.

Friday, 15 April 2011

Visual Approach Runway 04


Masa ni one day before PPL test, ade satu slot revision before test. So mase ni lah Faeez a.k.a Apai ambil kesempatan dgn menjadi passenger dibelakang.haha. Dia yg record approach ni. So after land aku buat touch & go. Kira jejak tanah sekejap jek lepas tu naik balek ke udara. After tu teros track pergi Batu Rakit utk buat GH profile. GH profile consist of Medium Turn ( left + right ), Steep turn ( left + right ) dan beberapa Stall Series. After tu simulate engine failure at training area, so glide lah tanpa power aircraft tu. balek PFL overhead airfield. Aku baru bape jam terbang mase ni so nak harapkan landing smooth tu x jugak lah cuma xde lah bouncing atau ballooning kan.hahaa.

Pulau Kapas, Awesome !


Pantai Batu Buruk.
Ape yang best kat sini? A&W jek lahh.hahaha.


East  of Kuala Terengganu town.
Approx 1000ft tracking to Kapas.


Pulau Kapas training area.
Nampak x chalet dgn resort kat bawah tu?
Gambar ni diambil masa weather hazy.
3000ft and below.


Boleh nampak coastal kan dari angle sini.


Nampak x boat tu tracking back pegi coastal.
Baru lepas drop minah salleh pakai bikini tuu !


Bye Pulau Kapas.
Tracking back to WMKN.
approx 1500ft.


Ini masa turning base to land kat WMKN.
Hazy gila lah masa ni.
Airfield nampak samar2 jek kan.haaa.

Thursday, 14 April 2011

Navex Pulau Redang


Solo flight for Navigation from WMKN to Pulau Redang.
Weather sangat lah hazy, jadi approaching Redang baru jelas nmpk airfield dia.
Overhead Pulau Redang than set course pegi Pantai Penarek.

.Introduction.

haha.my first blog ever created in my life. the idea came just after i read one of Asia Pacific Flight Training student's blog. and i was amazed by the way he share his flying experience with all his friends out there. This blog is created just to share my flying experiences, how is my progress in flying, ground studies. Let me introduce myself. Kita campur adukkan bahasa melayu kita dgn english sikit2 tak jadi satu masalah kan? ( sebenarnya english xlah hebat sgt aku ni. ) Ok, mula dari nama, Ameer. Sekarang batch 01/ 10 KISTAA. Private Pilot License holder. Currently melakukan perbangan lagi 120 jam utk dapat Comercial Pilot License. Operating at Sultan Mahmud International Airport. Kat sini nak cakap best tu, xjugak lah. Tapi Terengganu ni kalau datang betol2 nak belajar, memang sesuai lahh. Aman gila. Cuma makanan dan cara hidup org sini pelik yekk. haha.ok ok panjang sgt membebel aku ni. ermm. Kalau ada salah silap dalam belog ni, harap maaf lah yek sbb aku ni bukan jenis pandai mengarang cerita atau kisah2 menarik. Cuma nak berkongsi pengalaman dia atas awan. haha.