Wednesday 24 August 2011

Jalan-Jalan Menghabiskan Masa PA28.

ok kat bawah ni ada dua video, fly dgn capt shahroul pegi Merchang dan menghabiskan sisa2 masa bersama PA28 ni kat sana dengan buat low overshoot kat airstrip penerak n low level kat coastal berdekatan penjara Marang.heee. sila lah yek jengok2. weeee.



Low level below 100ft. jyeahhhhh.



Penerak airstrip low overshoot. hehe.

Twin Engine Low Level Flying Kapas

Kat bawah ni ade lah short movie ni. masa ni baru jek fly twin, dah tu gatal nak buat low level. hehe. so tercipta lah video kat bawah ni.hehe. tengok jek lah k. jgn nak komplen ape2. hehe.



Saturday 20 August 2011

Final Phase 3 JAA.

ok ok sorry lagi sekali lama xupdate, ni pon update dalam keadaan tertekan sbb sibuk stdy. nak exam selasa depan ni.haha. last phase utk JAA ni. consist of 3 paper, macam penah brief dalam post before ni kan. duration dia bagi cuma sebulan. OMG sgt2 lah singkat yekk. haishh. susah betol nak jadi pilot ni. kalau flying bole lah tuang2 sikit kan, ikut skill masing2. tapi when it come to theory, jujur aku katakan aku bukan kaki buku. tapi usaha jugak nak ngadap buku. hahaha. ni masa buat post ni aku tgah stdy lagi ni sbb td da habiskan masa tgk chelsea punya game.haha. video untuk twin engine? kalau xsilap aku ada aku record, tapi nanti lah aku upload. kalau rasa nak upload mlm ni, aku buat lah.haha. video tu pon cuma low level flying kat kapas using PA34-220T tu. itu jek yg sempat amek. sbb twin ni byk sgt keje. da macam airline dah. aha.baru tau berapa beratnya 2 BAR yg ada kat bahu ni. belom lagi jadi 3 atau 4 BAR tu kan.hehehe.

Saturday 30 July 2011

Twin Engine PA34-220T

oh ya dah lama xupdate.al-maklum lah bz semacam jek sejak akhir2 ni. Sekarang tgah buat JAA phase 3 which include 3 subject which is Performance, Mass & Balance and Operation Procedure. Performance dgn M&B tu banyak calculus and based on graph (CAP 698 & CAP 697). Ops tu pulak macam buku sejarah daa. Da lah aku x minat sejarah sbb kene menghafal segala benda dalam tu. Dan sebelah petang pulak aku kene terbang. FYI, aku da memakai 2 bar di bahu, aicehhh kerek gila lah ni. hahaha. So sekarang cerita terbang PA34-220T. kalau yang nak tau ape tu PA34, belek2 lah post kat bawah2 ni, ade gambar dia. First terbang, kapal tu buat hal pulakk. ASI ( Airspeed Indicator ) fluctuate, xnaik dan underspeed. gelabah jugak masa tu sbb da laju so terpaksa lift-off jugak and then, mintak priority landing. bila da check2 balik, ade blockage dekat tmpt pitot tu. haishh. Speed kapal tu supposed to be 140 Knot cruising ( 259km/h ), tapi ASI tu read 75 Knot ( 138km/h ). Can you see how much different in it? aiseyyyyy, sangat lah mendebarkan.haha. ok lahh, aku nak pergi belajar coz exam is just around the corner bebeh.haha. so see you guys again soon. Assalamualaikum :)

p/s : Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al- Mubarak Dengan Hati Yang Ikhlas. :)

Tuesday 28 June 2011

Examination, DONE !!

yeahhhh, pada hari ni selesai sudah examination 3 paper td.haha. type tech PA 34-220T, paper yg paling aku suka.hehe. sgt best woo paper tu. alhamdulillah semua question yg aku buat,sebijik keluar. bukan soalan bocor ok, cuma exercise yg dibekalkan dalam buku memang bole dipercayai.heee. so skrg aku tggu result dan aku harapkan keputusan yg cemerlang kali ini.will be posting again soon. see ya :)

Sunday 26 June 2011

Airframes.

stress bila memikirkan esok exam dan skrg ni gelabah nak wat last preparation. bukan ape, nak refresh ape yg da habis baca before ni. 400++ number of pages and another 1000++ sample question. done it already. now prepare utk esok dan cuba yg terbaik. wish me luck yek.eheh.



*stress sbb tu lah post benda ni.post pon pendek semacam jek.haha.*

Examination.

Ok lahh yekk,maaf lambat update semua sbb skrg ni bz stdy lahh.nak exam next week airframe,dgn type tech untuk piper seneca pa34-220T.xlama lagi aku da nak abeskan 160 jam single engine dan akan naik taraf ke twin engine,heee.nak tgk gmbr plane tu ade kat bawah japgi. Registration dia 9M-WAC. Kalau budak APFT yg amek rating seneca mesri tau kapal ni.hee. Ok lah,nak continue stdy.bye bye everyone.assalamualaikum.



Friday 24 June 2011

Night Flying.

sorry lama xupdate blog ni.haha.malam ni baru berkesempatan sbb terlalu bz nak mengejarkan 100 hours solo. ini pon ade baki lagi 9jam lagi.haha.so blog post kali ni nak share cerita pasal night flying.xlama actually night flying ni. 10 jam jek dalam single engine. kalau twin tu lain cerita ar.haha. 4 sortie dgn instructor, 6 sortie solo. mmg lawa lah fly malam sbb diterangi lampu2 yg terang benderang.hee.gambar dan video ade snap tapi kualiti xmemuaskan lah sbb camera chikai jek.haha. so amati lah video dan gambar2 dibawah ini yek.heee.






Friday 27 May 2011

Steep Turn Demonstration. AFIQ KISTAA 115


maaf sekali lagi jika suara itu annoying dan ade termencarut sikit.hehehe.
enjoy yekkk.

Tuesday 17 May 2011

Mutual With Hazim + Afiq

gambar2 kat bawah ni adalah mutual lagi dengan Hazim ngan Afiq.aku jadi safety pilot yg akan buat look-out utk dorg sbb dorg xbole tgk luar,dorg kene tgk dalam jek kat instrument.haaa.so aku akan advise dorg if ada pape ke, cloud ke, CB ke.haaa.



Hazim dengan muka ghairahnya diatas.hehe.engat Hazim, dah 3500ft baru call, bukan 2500 ok! hehe


Nampak sedikit jek runway masa ni sbb dilitupi awan yg agak banyak jugak lahh.hehe.



untuk mengelakkan dorg tgk luar,dorg akan dipakaikan hood seperti Afiq diatas ni.hehe. dia kene concentrate pada instrument ajek.aku amek gmbr ni pon dia xtau sbb dia xnmpk.heee.


masa buat dgn afiq,clear weather.haaa. so jelas kelihatan runway utk WMKN dari ketinggian 3500ft.haaaa. stadium Terengganu yg runtuh tu yg blakang airport ni jek. nampak kan?


Layer of cloud yg macam ni lah best. cantik jek kan. aku as safety pilot sedap jek mata memandang.hehe.

Circuit pattern PA 28-161 ( Piper Warrior 2 )

ok ape yg aku nak brief kali ni adalah circuit pattern utk kapal yg aku bawak. ade dua jenis circuit. oval dan square. oval agak susah nak buat sbb tight turn sikit. square senang tapi aku practice more on oval circuit. gmbr2 kat bawah ni lah gmbr tgah buat circuit. 


ok atas ni gambar circuit pattern aku sedut dari internet. circuit ni masa utk kita practice take off, spacing, maintain heading dan juga height 1000ft. dan juga belajar landing smooth.


ok ini lah instrument kapal kan yg macam aku penah post dulu. aku nak tunjuk yg height kapal ni 1000ft utk buat circuit. utk nak tau height, kita tgk altimeter ( the third one from the left,on the top )


ok ini pulak masa aku nak mendapatkan spacing utk pergi downwind. so aku snap utk bg korg tgk airport yg selama ni aku training.hehe.


tade caption utk gambar ni. cuma sama macam kat atas,carik spacing.hehe.


ok sini lah downwind dimana spacing kapal penting dan kat sini jugak aku buat call pada tower utk bgtau sama ada aku nak land ( full stop ), atau touch n go ( land sekejap, dan naik balik )


ini adalah base masa nak turn utk final utk land.kat sini da kene 500ft so masa turn ni,da start utk descend. final ni is the critical part sbb kalau rendah sgt, bole tekena pagar yg seperate jalan raya dgn airport.haaaa.


yeahhhhh, dah land dah pon.haha. masa ni lega ar sbb da atas tanah kan.hehe.


ni saja amek sbb nak kasik tgk MAS tu. airliner yg aku harap2 dapat masuk.heee.

Tuesday 3 May 2011

Navex WMKN- Temerloh- Pekan- WMKE// - WMKN//


ok yang teluk hujung tu adalah Teluk Cempedak.
Sorry da jauh baru amek gambar sbb telambat kuar hp.
haha.


Ni aku xtau ape nama pantai ni tapi ade satu chalet ni lawa giler.
ni kat area Kuantan.heee.


Haaa, itu Capt. Shahroul, personal instructor aku.
Best fly dgn dia, experience dia banyak gila kott.
heeee.


ni da land kat kerteh airport, park kat tempat GA apron.
ade satu lagi kapal kat sebelah,tapi malas nak amek.heee.
ni kapal yg aku fly pegi kerteh ni , 9M- APW


itu terminal kerteh, kecik jek kerteh airport ni.
home base for helicopter jek sbb dorang fly pegi off-shore.
dorg hantar org pegi pelantar minyak kat tgah2 laut tu ;)


kalau nampak lah kan, ade dua chopper tga tggu nak amek org,
chopper WESTAR dgn MHS kalau xsilap.
heeee.

Sunday 24 April 2011

Air Traffic Control ( Control Tower Terengganu )


Post kali ni aku nak cerita pasal tempat kat bawah ni, Menara Kawalan Udara.haha. atau nak sedap lagi, Air Traffic Control Tower. haaaa. Kat sini semua pergerakan aircraft dorg monitor. dan kat sini lah two way communication between one aircraft to controller being established. kat bawah ni ada lah beberapa gmbr ( sorry kualiti xlawa, amek pakai hp ). Gmbr ni amek masa nak submit flight plan untuk land kat Kerteh besok.hooraayyyy!!!!


Ini lah tempat controller ni bekerja.


Ini Abg Zamri, dia paling kamcing dgn kiteorg.haha.
Ini tempat dimana kiteorg kene dapatkan cop pengesahan utk flight plan.
Kadang2 abang ni bukak FB dia kat pc tu jugak.hahah.


Ok, kiri tu Hazim (KISTAA 114), kanan pulak Faeez (KISTAA 113)
posing sebentar kat luar tower masa MAS nak pegi Gate 3.


Haa, pc dua kat belakang tu lah tempat dorg monitor macam2 aircraft.
Tgk pc belakang kanan, ade dot kuning2 tu kan,
Itu lah aircraft yg tgah terbang dalam airspace Terengganu.
Laptop tu tempat controller ni main game Zuma,ahaha.


Abg ni tgah isi strip tu utk navigation kiteorang besok.
Strip tu untuk record estimate time arrival overhead route yg kitaorg submit dalam flight plan.


Gmbr ni nak tunjuk yang masa ni MAS dgn Fireflyz da smpai kat WMKN.
haaa,ini lah view dari luar control tower, menarik kann.


Last sekali, aku pon nak ade gmbr an kat luar tower ni.heee

Saturday 23 April 2011

Playing Inside CLOUD!! Awesomeee !!!!

Tonton video kat bawah ni.haha.maaf suara agak annoying yekk.heee.
Aku dgn afiq main dalam awan kat Batu Rakit,
hahahaha.



Taxiing to Holding Point C + Take Off by Afiq Syahmi.

jyeahhhhhh,bersua jugak kita yekk.haha.well, today was my rest day after 2 weeks non-stop flying. Semua gara-gara Airforce yg nak buat exercise nnt bulan May. So navigation semua nak kene settlekan as soon as possible.haishh. Harini aku nak share dgn korg pasal Taxiing dengan Take off. Taxiing ni adalah masa awal2 kapal nak berjalan masok ke atas runway. Kalau kat Terengganu ni runway dia Rwy 04 dgn Rwy 22. so video kat bawah ni adalah masa mutual flying aku dgn afiq, so aku amek kesempatan ni record lah. video ni ade include sound dari Air Traffic Controller sekali.hehehe. So korang tgk lah dulu video ni ok. heee. aku nak buat map ni nak siapkan route utk aku land kat Kerteh Airport ( WMKE ) ari Isnin nnt.we'll meet again soon ;))



Monday 18 April 2011

Bad Weather, NO FLYING PLEASE !!


Bila weather building up mcm ni, we are prohibited to do flying exercise.
Cloud hitam ni ( cumulonimbus ) ni lah yg bawak hujan, turbulence, etc.
Sangat merbahaya yek cloud ini. bole kene Icing taukk!!
Engat Malaysia xde icing ke haa, belajar meteorology, than dapat tau Malaysia pon ada icing.


Itu maintenance crew KISTAA.haha.
Sempay lagi dia pose depan kapal tu before dia tow kapal masuk hangar.
Sebijik kapal da tow masok sbb ade radio failure.haha 


Ok itu lah kapal terbang pertama KISTAA, 9M- APY.
9M- APY tu adalah registration utk aircraft tu. macam plate number kereta korang lah kiranya.
Kapal yg register kat Malaysia, depan dia mesti ada 9M - ***
contoh : 9M-MMY ( boeing 737- 400 Malaysia Airline )
9M - FYI ( atr72 Firefly )
9M- AFQ ( airbus A320 Airasia )


Last Aircraft nak tow masok dalam hangar.haha.
Belakang tu lah main terminal of Sultan Mahmud International Airport, Terengganu.



Inilah tailplane kapal terbang yg aku bawak.
Aku amek gmbr ni nak tunjuk paint kapal ni sebenarnya.
Tgk, kalau da org Terengganu yg buat academy ni kan,
Mesti nak ade trademark Terengganu, macam turtle kat tailplane tu. Nampak?
Aku bawak turtle terbang setiap masa tauu ;))
( nasib x paint gambar Keropok Lekor kan )

Saturday 16 April 2011

Mutual Instrument Flying, VOR y RWY 04 WMKN.


Ini Rusila training area. Dekat jek dengan Masjid Terapung.
Kat sini kita org kene hold and then climb 3500ft.
Pastu track direct overhead VKR.


Afiq mengconcentrate kan diri nya pada Instrument.haha.
Afiq!! kantoi hang pegang dua tgn pada control column.
One hand on throttle lah brader.hahaha.


Ini lahh chart VOR y RWY 04.
Procedure untuk land ala-ala Malaysia Airline, Airasia atau Firefly.
Nampak complicated kan, tapi bila da lama2, senang jek actually.
hahah.


Muka Afiq bengang bila kene taxy pegi bravo dulu before pegi dispersal.haha.
Relax brader, kita camwhoring dulu okee ;))

WMKN- Kuala Tahan- Jerantut- WMKN//

okehhh,bawah tu cuma gambar. kali ni nak story morry pulak yekk.hahah. route ni da penah pegi before ni. cuma before ni banyak kene divert sbb weather xmengizinkan untuk cross terrain kat Kuala Tahan tu. hari ni Alhamdulliah, weather sgt clear. Navex solo ni aku pegi sama route dgn Apai. dia ahead aku dalam 5 minute jek. so kalau dia divert, maksudnya aku kene divert gak. tp dgr report dari dia weather clear, tu yg best jek.heee. btw ni lah pengalaman aku climb 7000ft. before ni paling tggi aku penah pergi dalam 5000ft jek. itu pon seram dah.haha. tapi kali ni aku xcited gila tu yg request 7000ft tu. approve pulak tu by Kerteh tower.haaa. pastu bila da area Kuala Tahan, established contact dgn Lumpur Info ( 126.10 Mhz.) tapi yg xbest nya dia dengar aku transmit, tp aku xdgr dia reply. haishhh. so Apai lah yg kene relay msg utk aku.haha. Oh ya, nampak Taman Negara Endau Rompin.haha. memang lawa gila lah. Navex ni amek masa about 3 hours jek. Controller Kuantan Approach pon sgt lah baik hari ni, melayan aku dgn Apai punya radio call jek.haha. Balik tu macam biasa, kene hold kejap kat East of KT Town. pastu Final, To Land.yeahhh. even letih flying ni, tapi excitement dia mmg thrill gila lahh. sumpah best. Lepas ni Navex ke Temerloh. dan aku akan request utk Navex pergi ke JOHOR BAHRU. haha. bole lah aku soh family aku tggu kat senai, bawak aku gi makan. yeayyyyy. rindu makanan kat johor lahh. waaaaa. ape pon today was total exciting journey. heeee.

Navex Kuala Tahan and Jerantut, Pahang.


Cuba tgk cloud Cumulonimbus ni. Siap ade towering lagi.
Confirm masuk bergegar kepala otak ni.
haaha.


Garmin Aera 500. Help alot while doing navigation.
Groudspeed almost 100knots.
Nampak line pink tu? Tu lah track aku dari Chenering ke Bukit Besi.
Estimate time ade kat bawah kanan tu, 16minute to go.


Camwhoring pabila kebosanan diatas.
Climbing to 7000ft above mean sea level.


Macam ni lah cloud kat atas tu.
Geram kan tgk, macam cotton candy jek.
haha.


Instrument dalam cockpit.
Basic jek ni. Tgk altimeter tu, 7000ft bhaiii!!! hahaha.
Approve by Kerteh tower to climb 7000ft sbb xde traffic.yeayyyyy.
Oh, Outside Air Temperature mase ni 18 degree celcius.
Macam dalam aircond.haha.


Tgk carpet of cloud ni.
Best giler kan view ni. Cloud base 5000ft.

Friday 15 April 2011

Visual Approach Runway 04


Masa ni one day before PPL test, ade satu slot revision before test. So mase ni lah Faeez a.k.a Apai ambil kesempatan dgn menjadi passenger dibelakang.haha. Dia yg record approach ni. So after land aku buat touch & go. Kira jejak tanah sekejap jek lepas tu naik balek ke udara. After tu teros track pergi Batu Rakit utk buat GH profile. GH profile consist of Medium Turn ( left + right ), Steep turn ( left + right ) dan beberapa Stall Series. After tu simulate engine failure at training area, so glide lah tanpa power aircraft tu. balek PFL overhead airfield. Aku baru bape jam terbang mase ni so nak harapkan landing smooth tu x jugak lah cuma xde lah bouncing atau ballooning kan.hahaa.

Pulau Kapas, Awesome !


Pantai Batu Buruk.
Ape yang best kat sini? A&W jek lahh.hahaha.


East  of Kuala Terengganu town.
Approx 1000ft tracking to Kapas.


Pulau Kapas training area.
Nampak x chalet dgn resort kat bawah tu?
Gambar ni diambil masa weather hazy.
3000ft and below.


Boleh nampak coastal kan dari angle sini.


Nampak x boat tu tracking back pegi coastal.
Baru lepas drop minah salleh pakai bikini tuu !


Bye Pulau Kapas.
Tracking back to WMKN.
approx 1500ft.


Ini masa turning base to land kat WMKN.
Hazy gila lah masa ni.
Airfield nampak samar2 jek kan.haaa.